Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lahir modal insan cemerlang hasil kerjasama erat semua pihak
  • Tengah
  • WILAYAH

Lahir modal insan cemerlang hasil kerjasama erat semua pihak

Utusan Sarawak 2 months ago
TERIMA KASIH…. Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien menyerahkan dana MRP kepada penerima. 

JULAU: Penglibatan aktif ibu bapa dan komuniti setempat menjadi faktor utama kecemerlangan pendidikan di kawasan luar bandar. 

Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien, berkata kejayaan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Serau dalam pertandingan peringkat antarabangsa membuktikan bahawa pencapaian membanggakan itu hasil kerjasama erat antara guru, ibu bapa serta masyarakat setempat.

“Saya dimaklumkan ramai murid-murid SK Nanga Serau di sini yang berjaya dan berani bersaing, menyebabkan mereka berjaya di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

“Ini adalah sesuatu yang amat saya banggakan dan ia bukan dilakukan oleh seorang, tetapi atas sokongan padu ibu bapa yang sentiasa memberi galakan, serta guru-guru yang berdedikasi membimbing murid-murid di sini,” katanya. 

Larry, berkata demikian merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, baru-baru ini.

Larry yang juga Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) menegaskan, kerjasama melalui PIBG adalah platform terbaik untuk ibu bapa menyumbang idea serta menyokong segala usaha meningkatkan mutu pendidikan.

“Walaupun statistik menunjukkan bilangan pelajar berkurangan setiap tahun, saya kagum kerana ibu bapa di SK Nanga Serau tetap komited menyokong anak-anak mereka untuk bersekolah. 

“Saya juga berharap ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) di kawasan ini agar terus berganding bahu membantu pihak sekolah, termasuk dalam aspek menambah baik operasi sekolah sama ada melalui cadangan serta idea membina,” katanya. 

Dalam program sama, Larry menyampaikan peruntukan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah keseluruhan RM70,400 kepada penerima di kawasan sekitar termasuk beberapa rumah panjang, SK Nanga Serau, dan Tabung PIBG SK Nanga Serau. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba pantau empat kawasan rendah berisiko banjir
Next: Sarawak bantu golongan kurang berkemampuan di Bahagian Serian sempena Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.