Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 34 maut ribut landa Amerika Syarikat
  • GLOBAL

34 maut ribut landa Amerika Syarikat

Utusan Sarawak 2 months ago
TERJEJAS TERUK…Keadaan sebuah rumah yang dilanda ribut di negeri Missouri, Amerika Syarikat, semalam.-Foto AFP

WASHINGTON: Ribut teruk melanda kawasan selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) sepanjang hujung minggu, mengorbankan sekurang-kurangnya 34 orang, termasuk 12 di negeri Missouri serta mencederakan puluhan yang lain, lapor agensi berita Jerman dpa.

Amaran puting beliung kini berkuat kuasa di sebahagian Florida, Georgia dan lima negeri lain sehingga petang semalam.

Perkhidmatan cuaca AS memberi amaran bahawa cuaca buruk dijangka melanda sebahagian Pantai Timur sehingga semalam.

Gabenor Georgia Brian Kemp mengisytiharkan darurat negeri dan menggesa penduduk untuk bersiap sedia. Penduduk di kawasan berisiko tinggi dinasihatkan berlindung di bangunan dengan perlindungan bawah tanah dan mengelakkan rumah mudah alih.

Ribut bermula pada Jumaat. Sebanyak lebih 40 puting beliung direkodkan di lapan negeri – Missouri, Arkansas, Mississippi, Louisiana, Illinois, Tennessee, Alabama dan Indiana.

Penduduk menyelamatkan diri dengan kenderaan mereka apabila ribut debu menghampiri, menyebabkan kemalangan membabitkan puluhan kenderaan. Di Kansas, 50 kenderaan bertembung dalam satu siri nahas pada Sabtu, mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang.

Di banyak kawasan, ribut bukan sahaja memusnahkan rumah dan kenderaan, tetapi turut menyebabkan gangguan bekalan elektrik. Laman sesawang PowerOutage Amerika Syarikat melaporkan lebih 230,000 isi rumah terjejas di lima negeri semalam.

Angin kencang juga telah memburukkan lagi kebakaran hutan sedia ada. Di Oklahoma sahaja, ratusan kebakaran dilaporkan berlaku, melibatkan kawasan seluas 170,000 hektar.– BERNAMA-dpa

Continue Reading

Previous: Bangunkan alat AI ramal kekerapan kanser hati berulang
Next: Masjidil Haram manfaatkan teknologi canggih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.