Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ‘Juh Berambeh Sungkei’ eratkan hubungan, kukuhkan perpaduan
  • TEMPATAN

‘Juh Berambeh Sungkei’ eratkan hubungan, kukuhkan perpaduan

Utusan Sarawak 2 months ago
RAKAM KENANGAN…. Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama yang lain bergambar pada Juh Berambeh Sungkei di Padang Merdeka

KUCHING: ‘Juh Berambeh Sungkei’, acara berbuka puasa beramai-ramai yang diadakan di Padang Merdeka di sini hari ini, menarik penyertaan ramai daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dalam acara itu menunjukkan komitmen bersama untuk mengukuhkan hubungan antara kaum.

“Penganjuran acara ini bukan sahaja bertujuan menyemarakkan Ramadan, tetapi juga berperanan sebagai platform untuk menyatupadukan rakyat Sarawak,” katanya ketika ditemui pada program itu.

DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf, sebagai usaha untuk membantu mereka memerlukan.

Sementara itu, orang ramai yang menghadiri acara berkenaan teruja membentang tikar untuk berbuka puasa bersama-sama masyarakat berbilang agama secara santai dalam suasana penuh kebersamaan.

Melvin Mclair, 23, yang berbangsa Bidayuh berkata tahun ini kali kedua dia menyertai berbuka puasa di padang berkenaan.

“Program ini sangat bagus dianjurkan setiap tahun, ia menonjolkan keharmonian bersama … yang Muslim dan bukan Muslim berbuka bersama-sama dan berkongsi juadah,” katanya kepada pemberita di sini.

Naomi Ruran Saban, 20, daripada etnik Orang Ulu pula menyarankan agar program itu diperluas di setiap bahagian di Sarawak.

“Saya sangat teruja kerana kali pertama menyertai acara seperti ini. Semoga program ini dapat dianjurkan setiap tahun kerana ia mampu menyemai semangat perpaduan dan keharmonian antara rakyat,” katanya. – Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: ‘Nguar Bubur’ 2025 erat hubungan sesama masyarakat
Next: Perbincangan kerjasama Petros, Petronas diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.