
SARATOK: Program memasak bubur pedas sempena Ramadan merupakan sebuah inisiatif yang penuh dengan semangat kebersamaan dan keharmonian masyarakat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata program ini bukan sekadar aktiviti memasak, tetapi juga simbol kerjasama antara komuniti yang mana pelbagai lapisan masyarakat berganding bahu menyediakannya untuk dikongsi bersama.
“Semangat gotong-royong seperti inilah yang kita mahu suburkan dalam masyarakat. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini, khususnya Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka yang turun padang.
“Semoga usaha murni ini terus memperkukuh keharmonian dalam negeri kita,” kata beliau semasa semasa dihubungi.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat PBB Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad telah mewakili ADUN Kalaka menyempurnakan majlis ringkas pengagihan bubur pedas dan agar-agar kepada penduduk di Masjid Jamek Saratok, hari ini.
Mohamad Duri berkata aktiviti mengagihkan bubur pedas ini bukanlah pertama kali di lakukan masyarakat di sini, aktiviti turun-temurun itu juga menjadi aktiviti yang paling dinantikan apabila tibanya bulan puasa.

Beliau berkata program berkenaan bukan sahaja mencari keberkatan Ramadan bahkan berkongsi rezeki dengan menggalakkan amalan bersedekah pada bulan mulia ini.
“Semangat gotong-royong tinggi dalam kalangan Wnaita PBB Kalaka untuk membuat bubur lambuk patut dipuji. Saya amat berpuas hati dengan semangat gotong-royong serta kerjasama ditunjukkan semua ahli terlibat.
“Bermula dengan penyediaan bahan dan memasak sehingga ke proses agihan bubur lambuk, semua berjalan lancar. Syabas semua,” katanya.
Dapam pada itu, Pergerakan Wanita PBB Cawangan Kalaka yang diketuai oleh ketuanya, Lela Ali telah berjaya mengagihkan sebanyak 300 bungkus bubur pedas dan 300 agar-agar kepada penduduk setempat.
Oleh Adi Saparman