Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Eksklusif: Kek Lapis Warisan Sdn Bhd buka empat fasa penghantaran sepanjang Ramadan
  • BISNES

Eksklusif: Kek Lapis Warisan Sdn Bhd buka empat fasa penghantaran sepanjang Ramadan

Utusan Sarawak 2 months ago
MENJELANG musim perayaan, jumlah bancuhan akan meningkat kepada 10 hingga 12 adunan sehari berbanding hari biasa hanya empat hingga lima adunan sehari. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Kek Lapis Warisan Sdn Bhd membuka tempahan penghantaran bagi sambutan Aidilfitri tahun ini dengan empat fasa penghantaran yang dijadualkan setiap Isnin sepanjang bulan ini.

Menurut pengurus syarikat, Sufian, langkah ini bertujuan memastikan pelanggan menerima kek lapis kegemaran sebelum Aidilfitri.

“Penghantaran bermula pada 3 Mac bagi fasa pertama, diikuti 10 Mac untuk fasa kedua.

“Fasa ketiga pula dijadualkan pada 17 Mac, manakala fasa terakhir akan dihantar pada 24 Mac,” kata Sufian ketika ditemubual pemberita Utusan Sarawak.

SETIAP pelanggan menerima kek lapis terbaik, dibuat menggunakan resipi tradisional dan bahan berkualiti tinggi. FotoHERRIEY NAHA

Pelanggan, katanya, dinasihatkan untuk membuat tempahan selewat-lewatnya pada 21 Mac bagi mengelakkan ketiadaan stok, memandangkan permintaan yang tinggi setiap tahun.

Mengulas lanjut variasi kek lapis premium yang menjadi pilihan utama pelanggan, Sufian, berkata Kek Lapis Warisan Sdn Bhd terkenal dengan pelbagai pilihan setiap menjelangnya musim perayaan.

Antara yang paling laris, jelasnya, termasuk kek lapis India, kek belacan, kek lumut cheese, kek hati pari, serta kek masam manis premium yang lebih dikenali sebagai Idola.

KEPENTINGAN membuat tempahan awal bertujuan memastikan pelanggan mendapat produk segar dan berkualiti tinggi. FotoHERRIEY NAHA

“Peningkatan permintaan setiap kali musim perayaan memerlukan persiapan rapi dari segi produksi dan logistik.

“Pada hari biasa, kami hanya bancuh empat hingga lima adunan sehari. Tetapi menjelang perayaan, jumlahnya meningkat kepada 10 hingga 12 adunan sehari,” katanya.

Sufian turut menekankan kepentingan membuat tempahan awal bagi memastikan pelanggan mendapat produk segar dan berkualiti tinggi.

“Kami ingin memastikan setiap pelanggan menerima kek lapis terbaik, dibuat menggunakan resipi tradisional dan bahan berkualiti tinggi. Tempahan awal membantu kami merancang pengeluaran dengan lebih sistematik,” tambahnya.

Selain itu, Kek Lapis Warisan Sdn Bhd kini dalam perancangan untuk memperluaskan operasi mereka dengan pembukaan kilang dan outlet baharu dalam masa terdekat.

“Ini adalah langkah pertama sebelum mencapai sasaran lebih besar, iaitu penyenaraian di Bursa Malaysia pada masa akan datang,” jelasnya.

Oleh Amanda L.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Air tangan Mis Chek laris
Next: Eksklusif: Bryan Nyopiem tidak menang tangan siapkan tempahan biskut pelanggan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.