Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sasar 300 terima status KRT Progresif seluruh negara
  • Selatan
  • WILAYAH

Sasar 300 terima status KRT Progresif seluruh negara

Utusan Sarawak 2 months ago
HADIR… Datuk Seri Aaron Ago Dagang hadir pada majlis pelancaran KRT Baharu Sri Aman di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa petang tadi. Foto ADUN Engkilili

ENGKILILI: Kementerian Perpaduan Negara menyasarkan 300 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara menerima status KRT Progresif pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata penetapan sasaran itu adalah berdasarkan penyediaan profil, pemetaan sosial dan pelaksanaan aktiviti sosioekonomi seperti kebun komuniti dan sebagainya.

“Tahun lepas pada 2024, kita hanya mampu memajukan sebanyak 152 KRT Progresif di seluruh negara. Menerusi pelbagai aktiviti seperti, aktiviti sosioekonomi, rondaan kesukarelawan, kepimpinan, pendidikan dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran KRT Baharu Sri Aman di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa di sini petang tadi.

Aaron berkata peruntukan berjumlah RM20 juta pada 2024 dan RM20 juta juga pada tahun ini telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan di bawah inisiatif KRT Progresif bagi membangunkan komuniti yang mampan, sejahtera dan progresif yang menjadi tonggak kepada Malaysia MADANI.

Katanya, adalah menjadi harapan pihak kementeriannya agar angka sebanyak 300 itu mampu dicapai menerusi KRT Progresif pada tahun ini. Sehingga kini sebanyak 8,529 KRT di seluruh negara dengan 91 daripadanya baharu ditubuhkan tahun lalu.

KENANGAN… Datuk Seri Aaron Ago Dagang bergambar bersama penerima pada majlis pelancaran KRT Baharu Sri Aman di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa petang tadi. Foto ADUN Engkilili

Ia adalah termasuk tujuh KRT baharu di Bahagian Sri Aman, iaitu di Skrang Skim, Skrang Ili, Batang Ai Ili, Batang Ai Tengah, Marop Cina, Klassen dan Undop Tengah. Dengan penubuhan KRT baharu itu, menjadikan secara keseluruhan terdapat 1,092 KRT di Sarawak ketika ini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa menyarankan agar ahli-ahli KRT di Daerah Kecil Engkilili melaksanakan tugas dengan penuh berintergriti amanah serta bertanggungjawab di kawasan masing-masing dan sentiasa berusaha untuk mendekati rakyat sehingga ke peringkat akar umbi.

“Ahli KRT harus menjalankan tugas dengan baik, amanah serta harus sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan masyarakat di peringkat akar umbi. Ini adalah kerana, matlamat utama KRT diwujudkan di sesuatu kawasan adalah bagi mewujudkan suasana yang harmoni melalui aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya di kawasan masing-masing,” katanya.

Tambahnya, KRT yang di bawah seliaan Kementerian Perpaduan Negara juga berfungsi sebagai mata dan telinga serta jambatan perhubungan terbaik diantara masyarakat dengan kerajaan.

“KRT juga merupakan sebagai salah satu badan yang menjadi mata dan telinga juga jambatan penghubung terbaik di antara rakyat peringkat akar umbi dengan kerajaan mahu pun pemimpin di negara ini. Ahli KRT yang telah terpilih ini seharusnya merasa bangga dengan tugas yang telah diamanahkan,” tambahnya.

Pada majlis yang sama, sebanyak lima KRT di Engkilili turut menerima peruntukan sebanyak RM15,000 daripada (ADUN) Engkilili. Turut diadakan penyerahan cek cura bernilai sebanyak RM6.4 juta kepada KRT Negeri Sarawak.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pemimpin masyarakat berperanan salur
maklumat
Next: Jaga kebajikan, bela nasib asnaf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.