Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • UKAS penghubung antara kerajaan, rakyat
  • Utara
  • WILAYAH

UKAS penghubung antara kerajaan, rakyat

Utusan Sarawak 2 months ago
RAKAM KENANGAN... Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama Datuk Abdullah Saidol merakam gambar bersama yang lain pada majlis UKAS Bersama Komuniti Semarak Ramadan 2025 di Kampung Awat-Awat hari ini. Turut kelihatan Dato Henry Sum Agong, Dato Paulus Palu Gumbang dan Awang Putrayusrie Awang Redzuan. Foto UKAS

LAWAS: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bukan sahaja berperanan menyampaikan maklumat kepada rakyat tetapi juga sebagai penghubung antara kerajaan dan masyarakat, khususnya dalam mengenal pasti keperluan serta kehendak penduduk.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata peranan UKAS semakin meluas dalam menyalurkan informasi yang sahih mengenai dasar kerajaan Sarawak, terutamanya kepada masyarakat luar bandar yang memerlukan maklumat tepat berkaitan pembangunan, bantuan, pendidikan, serta inisiatif kebajikan yang disediakan oleh kerajaan.

AGIH BUBUR LAMBUK… Datuk Abdullah Saidol menyampaikan bubur lambuk kepada penduduk.

“Setiap pembangunan yang dilaksanakan adalah berdasarkan kehendak masyarakat akar umbi.

“Oleh itu, UKAS bukan sekadar menyampaikan maklumat tetapi turut mendekati rakyat untuk mendapatkan maklum balas mengenai keperluan mereka,” katanya ketika berucap pada majlis UKAS Bersama Komuniti Semarak Ramadan 2025 di Kampung Awat-Awat hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sebagai sebahagian daripada program kemasyarakatan, majlis turut menyaksikan penyampaian pelbagai sumbangan termasuk bantuan kepada golongan asnaf, penyerahan pam air kepada wakil sukarelawan Bomba, sumbangan Lembaga Amanah Masjid Sarawak kepada masjid dan surau Kampung Awat-Awat, serta bantuan kepada keluarga mangsa kemalangan menerusi kolaborasi UKAS, Petronas dan Pusat Khidmat Bukit Sari.

Selain itu, penduduk kampung turut menyertai pengagihan 1,000 pek bubur lambuk serta solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.

Turut hadir, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, ADUN Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang, Pengarah UKAS Awang Putrayusrie Awang Redzuan, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Datu Ubaidillah Abdul Latif serta tetamu kehormat lain. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek Pengorekan, Mendalamkan Saluran Akses Delta Kuala Baram dijangka siap awal
Next: Pemimpin masyarakat berperanan salur
maklumat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.