Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sasar agih 8,000 bekas bubur lambuk sepanjang Ramadan
  • Tengah
  • WILAYAH

Sasar agih 8,000 bekas bubur lambuk sepanjang Ramadan

Utusan Sarawak 2 months ago
TERIMA KASIH… Safiee merakam kenangan bersama para penerima bakul makanan pada Majlis Pelancaran Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS Cawangan Daro 2025 di Perkarangan Surau Darul Makmur, Kampung Itol, Daro, petang semalam. FotoUKAS Matu/Daro

SIBU: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Daro menyasarkan untuk mengagihkan sebanyak 8,000 bekas bubur lambuk kepada masyarakat setempat.

Setiausaha Agung SABERKAS Negeri Sarawak, Safiee Ahmad, berkata agihan ini akan dilaksanakan menerusi 10 Unit SABERKAS melibatkan 10 kampung di sekitar kawasan Daro sepanjang bulan Ramadan ini.

“Kita telah menyasarkan untuk mengagihkan 8,000 bekas bubur lambuk, kita mempunyai 10 Unit SABERKAS melibatkan 10 kampung yang ada di tanah besar Daro. 

“Sekurang-kurangnya setiap unit akan mengagihkan 800 bekas bubur lambuk di setiap kampung masing-masing. Kita juga telah sediakan jadual pengagihan disetiap kampung menerusi SABERKAS unit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS Cawangan Daro 2025 di Perkarangan Surau Darul Makmur, Kampung Itol, Daro, petang semalam.

Safiee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, berkata program ini adalah sebahagian daripada usaha SABERKAS untuk menyemarakkan semangat kebersamaan dan membantu golongan memerlukan, terutamanya dalam bulan Ramadan.

“Program Agihan Bubur Lambuk ini saban tahun kita (SABERKAS) laksanakan telah menjadi sinonim setiap kali hadirnya bulan Ramadan, dan ia juga menjadi wadah para belia bekerjasama dengan pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan badan NGO di kampung masing-masing”, kata beliau.

Selain pelancaran bubur lambuk, katanya, SABERKAS Daro juga telah menyampaikan 100 bakul makanan kepada asnaf-asnaf yang memerlukan. 

“Penyampaian bakul makanan ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha SABERKAS untuk meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik dalam menghadapi bulan Ramadan.

“Bakul makanan ini diharap dapat membantu meringankan sedikit beban mereka, khususnya dalam persiapan untuk menyambut bulan yang penuh berkah ini,” tambahnya.

Beliau turut menyeru semua pihak untuk terus menyokong program-program kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh SABERKAS bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat yang sewajarnya.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Daro Yusuf Hossen, Pemanca Lau Oi Peng, Penghulu Abu Bakar Salleh, Ketua Kampung Hamran Badong dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Surau Darul Makmur Wahad Kawi serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penubuhan persatuan langkah bijak untuk kekal berdaya saing
Next: Eksklusif: 23 tahun dalam bidang jahitan, Anijah tidak menang tangan menjelang Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.