
LONDON: Chelsea bakal menentang kelab dari Poland, Legis Warsaw pada saingan suku akhir Liga Konferens Eropah selepas menewaskan Copenhagen 1-0 pada aksi timbal balik 16 terakhir dan 3-1 secara agregat, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Enzo Maresca berjaya mengekalkan rekod 100 peratus dalam kejohanan itu setakat ini.
Tuan rumah yang diletakkan antara pilihan utama memenangi kejohanan berkenaan, bermula hambar di babak pertama tanpa sebarang percubaan.
Kemasukan Cole Palmer yang tidak menjaringkan gol sejak pertengahan Januaridi babak kedua mengubah rentak permainan Chelsea.
Kiernan Dewsbury-Hall akhirnya memecah kebuntuan buat skuad kendalian Maresca apabila menemui sasaran pada minit ke-55 untuk kemenangan keempat berturut-turut dalam semua pertandingan. -AFP