Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Batu Wangkang berpotensi dipromosikan sebagai destinasi pelancongan
  • Selatan
  • WILAYAH

Batu Wangkang berpotensi dipromosikan sebagai destinasi pelancongan

Utusan Sarawak 2 months ago
PEMANDANGAN Batu Wangkang yang terletak di Kampung Pasir Tengah, Lundu, sebuah formasi batu unik yang dikaitkan dengan sejarah pelayaran zaman dahulu. FotoUKAS

LUNDU: Projek Jalan Pertanian Batu Wangkang di Kampung Pasir Tengah bernilai RM400,000 dilaksanakan di bawah Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang, menegaskan bahawa pembinaan jalan tersebut bukan sahaja akan meningkatkan akses bagi pekebun di kawasan itu, malah berpotensi membuka ruang kepada pembangunan penempatan baharu.

“Dengan adanya projek ini, penduduk Kampung Pasir Tengah akan memperoleh kemudahan jalan yang lebih baik bagi menjalankan aktiviti pertanian.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa Batu Wangkang, yang kaya dengan nilai sejarah, berpotensi untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan baharu.

“Pada masa sama, Batu Wangkang yang mempunyai sejarah tersendiri berpotensi untuk dipromosikan sebagai destinasi pelancongan, sekali gus membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap warisan sejarah kita,” katanya.

Billy berkata demikian pada majlis pecah tanah bagi Projek Jalan Pertanian Batu Wangkang di Kampung Pasir Tengah, semalam.

Untuk rekod, Batu Wangkang, yang terletak di Kampung Pasir Tengah, dipercayai berasal daripada salah satu daripada tujuh kapal yang pernah meneroka kawasan ini sebelum terdampar dan berubah menjadi batu.

Namun, disebabkan kekurangan langkah pemuliharaan, beberapa artifak bersejarah seperti stereng kapal, tali sauh, dan selipar batu telah hilang.

Penduduk kampung berharap agar usaha untuk memelihara serta mengkomersialkan Batu Wangkang sebagai tapak pelancongan bersejarah dapat membantu melestarikan warisan setempat di samping membuka peluang ekonomi baharu.

Dengan pelaksanaan projek ini, ekonomi setempat dijangka semakin kukuh menerusi peningkatan peluang pekerjaan dan pertumbuhan sektor pelancongan, sekali gus memperkenalkan Batu Wangkang sebagai salah satu destinasi pelancongan bersejarah utama di Sarawak.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua kempen derma darah berlangsung Ahad ini
Next: Sambutan Nuzul al-Quran Peringkat Sarawak di Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.