Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua kempen derma darah berlangsung Ahad ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Dua kempen derma darah berlangsung Ahad ini

Utusan Sarawak 2 months ago

SIBU: Gereja Tien En Methodist dan Kelab Lions Sibu Loving Care akan menganjurkan kempen derma darah, Ahad ini.

Kempen dengan kerjasama Bank Darah Hospital Sibu itu akan diadakan di venue yang berbeza.

Program anjuran Gereja Tien En Methodist akan diadakan di Lorong 1, Jalan Sukan pada 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Sementara itu, kempen derma darah anjuran Kelab Lions Sibu Loving Care di bangunan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sibu, Jalan Awang Ramli Amit, 9.00 pagi hingga 2.00 petang. 

Kempen ini bertujuan membantu Bank Darah hospital mendapatkan bekalan darah mencukupi bagi kegunaan Hospital Sibu.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti menderma darah, orang ramai boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sumbangan Tiong bantu pelajar terjejas banjir  
Next: Batu Wangkang berpotensi dipromosikan sebagai destinasi pelancongan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.