Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 13 maut, 20 cedera kemalangan bas di Bolivia
  • GLOBAL

13 maut, 20 cedera kemalangan bas di Bolivia

Utusan Sarawak 2 months ago
GAMBAR edaran Polis Bolivia menunjukkan anggota polis dan pasukan penyelamat berada di lokasi sebuah bas yang bertembung dengan sebuah pikap di lebuh raya kira-kira 90 kilometer di utara Potosi, Bolivia. – Foto AFP

LA PAZ: Sekurang-kurangnya 13 orang maut manakala kira-kira 20 lagi cedera dalam kemalangan bas pada Rabu di jalan yang menghubungkan wilayah selatan Bolivia, Potosi dan Chuquisaca, menurut pihak berkuasa tempatan.  

Pengarah Agensi Operasi Trafik Potosi, Kolonel Victor Benavidez mengesahkan jumlah korban dan berkata angka itu mungkin meningkat berikutan kecederaan serius yang dialami beberapa mangsa, lapor Xinhua.

Menurut laporan awal, bas terbabit hilang kawalan dan melanggar batu, sebelum terbabas berhampiran perbandaran Ocuri.  

Bas itu dalam perjalanan dari bandar Cochabamba menuju wilayah barat Oruro.

Namun, akibat tanah runtuh di laluan utama susulan hujan lebat di Bolivia, pemandu kemudiannya menggunakan laluan alternatif melalui bandar Sucre di selatan.  

Siasatan awal mendapati pemandu bas memandu pada kelajuan tinggi sebelum hilang kawalan.  

Awal bulan ini, dua lagi kemalangan berlaku di wilayah pergunungan Potosi, mengakibatkan sekurang-kurangnya 68 kematian dan puluhan lagi cedera.– BERNAMA-XINHUA

Continue Reading

Previous: 17 suspek diburu terlibat serangan bom di Sungai Golok
Next: Dua juruterbang didakwa tidak sengaja gugurkan bom

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.