Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Imbau kenangan lalu sambil berbakti semula kepada sekolah menerusi penubuhan alumni
  • Utara
  • WILAYAH

Imbau kenangan lalu sambil berbakti semula kepada sekolah menerusi penubuhan alumni

Utusan Sarawak 2 months ago
BARISAN Ahli Persatuan Alumni SMK Marudi bergambar kenangan pada majlis pelancaran dan perasmian Persatuan Alumni SMK Marudi di dewan terbuka sekolah berkenaan.

MARUDI: Penubuhan persatuan alumni penting supaya bekas pelajar-pelajar mendapat satu saluran untuk menyumbang bakti kepada sekolah yang pada suatu ketika menjadi tempat mereka menimba ilmu sehingga mencapai kejayaan dalam kehidupan hari ini.

Penasihat Persatuan Alumni merangkap bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi,William Ng, berkata SMK Marudi sentiasa dekat di hati sejak mula bertugas pada 1968 sebagai guru sehingga menjadi pengetua pada 1971.

“Saya bertemu jodoh di sekolah ini, dan kami sentiasa balik ke Marudi untuk mengimbas kembali kenangan manis zaman dahulu.

Kini, katanya, isteri sudah berusia 81 tahun, dan menurut William, meluahkan rasa gembiranya kerana sekolah ini masih memerlukan khidmat beliau sebagai Penasihat Persatuan Alumni.

“Saya berpeluang untuk terus berbakti kepada sekolah, dan masyarakat Marudi,” ujarnya.

Dalam pada itu, William menasihatkan para pelajar agar sentiasa  berbuat baik, dan tidak melupakan orang yang memerlukan  bantuan.

“Kehidupan ini bagai roda. Ada masa naik, dan ada masa turun.

“Bagi pelajar yang masih menuntut sekarang, binalah kehidupan agar dapat mencapai puncak kejayaan,” katanya berucap pada majlis pelancaran dan perasmian Persatuan Alumni SMK Marudi di dewan terbuka sekolah berkenaan.

William turut mengingatkan  mereka supaya tidak lupa memberikan sumbangan kepada sekolah dan masyarakat di Marudi apabila mereka sudah bejaya kelak.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan  Alumni SMK Marudi yang juga bekas pelajar sekolah ini pada 1971, Mutang Paturan, berkata objektif penubuhan Persatuan Alumni SMK Marudi adalah untuk mengambil bahagian dalam rancangan pembangunan, dan kebajikan.

“Ini akan memberi faedah kepada ahli persatuan, masyarakat, dan institusi.

“Penubuhan alumni ini diharapkan dapat menyatupadukan bekas pelajar-pelajar sekolah, menjaga kebajikan ahli-ahli, menjalankan aktiviti-aktiviti untuk para ahli, memupuk semangat persahabatan dan persefahaman dalam kalangan ahli, memupuk perpaduan nasional serta mempertingkatkan hubungan persahabatan dan semangat kekitaan melalui program-program pertubuhan.

Tegasnya, keahliannya adalah terbuka kepada semua bekas pelajar, dan kakitangan SMK Marudi.

Jelasnya lagi, yuran keahlian adalah RM15 bagi yuran kemasukan dan RM15 untuk yuran pendaftaran manakala yuran seumur hidup adalah sebanyak RM150.

Bagi memudahkan urusan penyampaian maklumat, ujarnya, laman Facebook dibuka dengan nama Alumni SMK Marudi.

Borang keahlian, jelasnya lagi, boleh diperoleh daripada Cikgu Liew Mew Ling atau dimuat turun  daripada laman Facebook Persatuan Alumni berkenaan.

Beliau juga berharap agar  bekas-bekas pelajar aktif menjadi ahli agar persatuan alumni ini menjadi kuat memandangkan sekolah ini berjaya menghasilkan banyak orang yang berjaya dan kuat.

Beliau juga berharap bekas pelajar-pelajar SMK Marudi dapat menyumbang jasa kepada sekolah, dan berharap persatuan ini menjadi saluran bagi menyatupadukan semua pelajar SMK Marudi dalam usaha menggembleng tenaga untuk membantu membangun, dan memajukan sekolah.

Pengetua SMK Marudi Mohamad Effendi Panglima pada masa sama menyokong penubuhan persatuan ini dan akan sentiasa memberi komitmen dalam segala aspek dari peringkat permulaan penubuhan persatuan ini sehingga kini.

Baginya, penubuhan persatuan alumni ini penting kerana antara faktor penentu kejayaan sesebuah sekolah adalah memiliki persatuan alumni yang kuat sebagaimana sekolah-sekolah terkenal yang lain.

“Persatuan alumni akan sentiasa bergerak seiring misi, dan visi sekolah dalam meningkatkan usaha dalam mempeluaskan jaringan untuk memajukan sekolah” katanya.

Dalam pada itu, William Ng dilantik sebagai Penasihat Persatuan Alumni SMK Marudi, Mohd Effendi (Penasihat), Mutang Peturan (Pengerusi), Samuel Iwat (Timbalan Pengerusi), Dominica Tinggang (Setiausaha), Busak Ibuh (Timbalan Setiausaha), Sarimah Hamid (Bendahari), dan tiga AJK iaitu, Bernabas Jampi, Therersa Lirang, serta Lipang Liteh.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Polis rampas pelbagai iklan pinjaman wang libat 23 nombor telefon berbeza  
Next: Sumbangan Tiong bantu pelajar terjejas banjir  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.