Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Usah gadai nyawa demi juadah berbuka
  • NASIONAL

Usah gadai nyawa demi juadah berbuka

Utusan Sarawak 2 months ago
KONGSI REZEKI… Datuk Mohd Nassuruddin Daud bersama Ketua Pegawai Eksekutif EDOTCO, Adlan Tajudin menyerahkan bantuan kepada golongan asnaf pada Majlis Ihya Ramadan dan Penyerahan Dana Zakat Wakalah di Sekolah Menengah Ugama SMU (A) Tarbiah Diniah Meranti
hari ini. -Foto BERNAMA

PASIR MAS: Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassurudin Daud mengingatkan orang ramai untuk tidak mengambil risiko berkunjung ke Sungai Golok, selatan Thailand semata-mata untuk membeli juadah berbuka puasa.

Beliau berkata ketika ini keadaan keselamatan di sana tidak menentu susulan insiden letupan bom pada 8 Mac lepas.

“Tiada keperluan untuk ke Sungai Golok dalam situasi sebegini sedangkan kita boleh menyokong peniaga tempatan di negeri sendiri,” katanya selepas menghadiri Majlis Ihya Ramadan dan Penyerahan Dana Zakat Wakalah, hari ini.

Beliau turut mengingatkan penduduk di kawasan sempadan agar lebih berhati-hati dan mematuhi nasihat pihak berkuasa berhubung situasi di selatan Thailand.

Pada 8 Mac lalu, polis Thailand melaporkan bahawa satu letupan berlaku di sebuah pos keselamatan di luar Pejabat Daerah Sungai Golok, diikuti beberapa tembakan dilepaskan oleh sekumpulan penyerang menyebabkan dua anggota keselamatan Thailand terbunuh manakala lapan lagi cedera.

Kementerian Luar pula meminta rakyat Malaysia untuk menangguhkan lawatan tidak penting ke Yala, Narathiwat dan Pattani di Thailand buat masa ini manakala mereka yang melancong atau menetap di wilayah itu dinasihatkan supaya berhati-hati.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Tindakan tegas terhadap individu cuba cetus perpecahan
Next: Siasatan kes rasuah: Ismail Sabri hadir di Pejabat SPRM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.