Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tindakan tegas terhadap individu cuba cetus perpecahan
  • NASIONAL

Tindakan tegas terhadap individu cuba cetus perpecahan

Utusan Sarawak 2 months ago
SWAFOTO… Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Syarikat Korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Universiti Multimedia, Cyberjaya hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang menimbulkan kebencian tidak kira dari segi perkauman, agama mahupun menghina orang miskin.

“Percayalah, kita akan ambil tindakan sekeras mungkin untuk menghentikan gejala yang membawa malapetaka dan kecelakaan kepada negara kita. 

“Mudah-mudahan kita buat pertimbangan baik dan tahu antara baik dan buruk, mahrum dan munkar, hak dan batil. Terutama sekarang di Malaysia ini, kita mesti tumpu dalam soal ini dan jangan izinkan negara ini dicemari oleh pelampau perkauman dan agama,” katanya.

JELASKAN… Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Syarikat Korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Universiti Multimedia, Cyberjaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Syarikat Korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha kerajaan MADANI menyatukan rakyat daripada pelbagai latar belakang, agama dan bangsa.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah melalui Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan di Facebook berkata tindakan itu juga dapat menjamin perpaduan antara kaum di negara ini kekal mekar dan harmoni. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Panel dinding stesen LRT runtuh
Next: Usah gadai nyawa demi juadah berbuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.