Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi santuni anggota tentera dalam majlis berbuka puasa
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi santuni anggota tentera dalam majlis berbuka puasa

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: Lima anggota tentera dan anak-anak yang menghidap penyakit kronik, tiga kategori asnaf, lima saudara baharu (mualaf) yang memeluk Islam pada 2024, dan Penghuni Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah menerima sumbangan daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, petang semalam.

Dalam perkongsian menerusi platform media sosialnya, beliau berharap sumbangan ini dapat meringankan beban serta membawa kegembiraan kepada penerima, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

“Meskipun cuaca sedikit mencabar, semangat serta disiplin tinggi anggota tentera tetap terserlah, mencerminkan kekentalan dan kecekalan mereka.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat atas kejayaan majlis ini,” katanya.

Tun Wan Junaidi berkata demikian ketika hadir pada majlis berbuka puasa di Masjid Solahuddin Al-Ayubbi, Kem Penrissen yang dianjurkan oleh Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD), petang semalam.

Selepas berbuka puasa, Tun Wan Junaidi, dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi bersama jemaah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah sebelum meneruskan majlis.

Ketibaan Tun Wan Junaidi, dan Toh Puan disambut oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd. Sofi Md. Lepi, bersama isteri, Datin Emi Irawati Rosli, yang juga Naib Pengerusi 2 Jemaah BAKAT Darat.

Turut menyambut ketibaan ialah Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Dato’ Khairul Anuar Abd. Aziz, dan isteri, Datin Roslina Abu Bakar, serta para panglima formasi.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, dan isteri, Datin Amar Baduyah Bujang, serta Ketua Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SEB: Siap sedia gangguan elektrik semasa Aidilfitri
Next: Peranan penting JBPM diiktiraf, dihargai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.