Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua wanita ditahan, bantu siasatan kes letak mayat bayi di pusat perlindungan
  • JENAYAH

Dua wanita ditahan, bantu siasatan kes letak mayat bayi di pusat perlindungan

Utusan Sarawak 2 months ago
ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu

KUANTAN: Dua beradik ditahan bagi membantu siasatan kes meletakkan bayi yang sudah tidak bernyawa di pusat perlindungan bayi sebuah hospital swasta di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Polis (ACP) Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kedua-dua wanita berusia 24 dan 25 tahun itu ditahan secara berasingan di Rompin.

“Suspek pertama seorang penganggur berusia 24 tahun, ditahan di sebuah rumah kira-kira 9.50 pagi dan hasil pemeriksaan dalam bilik tidur suspek menjumpai satu plastik putih bertutup rapat tertera tulisan ‘Ubat Terkawa/Controlled Medicine’ dan ‘ADV’.

“Di dalamnya mengandungi tiga peket plastik lut sinar berisi pil disyaki ubat digunakan untuk memaksa kelahiran diletakkan di atas meja bilik suspek. Sementara kakaknya, iaitu suspek kedua, ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin kira-kira 3.00 petang,” katanya dalam kenyataan malam ini. 

Beliau berkata kedua-duanya direman hingga 13 Mac ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Merajuk, hilang ditegur bapa angkara main telefon
Next: Bot tunda dirampas, empat kru ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.