Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • UTS, Hijrah Suri bantu golongan kurang berkemampuan
  • Tengah
  • WILAYAH

UTS, Hijrah Suri bantu golongan kurang berkemampuan

Utusan Sarawak 2 months ago
SERAH BANTUAN… Khamsiah Yacob (tujuh kanan) menyerahkan 60 pek makanan kepada Dr Mohammad Shahril Osman pada program ‘Nourishing Hope Through Kindness’.

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dengan kerjasama Hijrah Suri menganjurkan inisiatif kebajikan bertemakan ‘Nourishing Hope Through Kindness’, bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan di sekitar bandar ini.

Timbalan Naib Canselor UTS, Dr Mohammad Shahril Osman berkata, seramai 60 keluarga termasuk ibu tunggal, anak yatim, serta golongan berpendapatan rendah telah dikenal pasti sebagai penerima bantuan, selain beberapa pelajar UTS yang memerlukan sokongan.

“Program ini dianjurkan oleh staf UTS dari tiga sekolah utama, iaitu School of Computing & Creative Media (SCM), School of Business and Management (SBM), dan School of Engineering and Technology (SET).

“Kami juga menghargai peranan ahli jawatankuasa SDSC dalam mengenal pasti pelajar UTS yang memerlukan bantuan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut beliau, pihak universiti turut menghargai komitmen Hijrah Suri dalam menguruskan pembelian, pembungkusan dan pengagihan barangan makanan kepada penerima.

“Pakej makanan asas ini akan diagihkan secara berperingkat ke rumah penerima sepanjang minggu ini, dengan pengagihan dijangka berterusan sehingga 16 Mac 2025,” tambahnya.

Jelasnya, program berkenaan bukan sahaja membantu meringankan beban penerima, malah turut meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai tanggungjawab sosial serta memperkukuh hubungan antara universiti dan komuniti setempat.

“Kami berharap program ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk terlibat dalam aktiviti kebajikan dan menyumbang kepada masyarakat,” katanya.

Turut hadir penyelaras program, Barbara Dieo dan pemilik Hijrah Suri, Khamsiah Yacob.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM300,000 bantu mangsa banjir, tumpuan kepada institusi pendidikan terjejas
Next: Kongsi rezeki bersama komuniti memerlukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.