Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tangani segera hakisan di Pantai Lutong
  • Utara
  • WILAYAH

Tangani segera hakisan di Pantai Lutong

Utusan Sarawak 2 months ago
TINJAU… Dato Sri Lee Kim Shin meninjau kawasan hakisan di Pantai Lutong. Foto UKAS

MIRI: Hakisan pantai di Pantai Lutong semakin membimbangkan selepas kejadian banjir baru-baru ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, hakisan tersebut semakin teruk menyebabkan air laut melimpah ke jalan raya serta mengancam kawasan perumahan berhampiran seperti Taman Bayshore dan Taman Bayshore Villa.

“Sebagai langkah segera, JPBB Miri telah mencadangkan langkah sementara untuk menangani hakisan tersebut, sementara menunggu projek mitigasi hakisan pantai yang telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM45 juta dilaksanakan.

“Projek tersebut kini dalam proses penilaian tender oleh kerajaan persekutuan dengan konsep reka dan bina (design and build),” katanya pada sidang media dan mesyuarat Penyelarasan Pengawalan Hakisan Pantai Lutong di Jabatan Agama Islam Sarawak, Miri semalam.

TINJAU… Billy Sujang turut meninjau perkembangan projek pembinaan rumah Bantuan Ehsan Kebakaran di Kampung Stenggang bagi memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan lancar. Foto UKAS

Beliau yang juga Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri berkata, syarikat Shin Yang telah tampil membantu secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan membina tembok penahan pantai menggunakan longgokan batu.

Katanya, struktur sementara ini bertujuan untuk melindungi pantai, jalan raya, serta kawasan kediaman sekitar daripada semakin teruk.

“Shin Yang bukan sahaja membawa batu sendiri tetapi juga menyediakan tenaga kerja dan jentera tanpa melibatkan sebarang kos kepada kerajaan.

“Namun, perlu difahami bahawa batu-batu ini masih milik Shin Yang dan boleh dialihkan setelah projek sebenar bermula,” jelasnya.

Setakat ini, sebanyak 350 meter kerja perlindungan pantai telah disiapkan dan dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh seminggu.

Manakala, projek mitigasi jangka panjang yang dirancang akan melibatkan beberapa komponen utama seperti pemulihan pantai sepanjang 100 meter, pembinaan tembok batu, pembangunan sistem pelepasan air ke laut, pembinaan benteng tanah dan pintu kawalan air pasang surut serta pembinaan benteng pemecah ombak di kawasan pesisir.

Projek ini dijangka mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan selepas kontraktor dilantik. – UKAS


Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Individu bekerja sendiri digalak carum PERKESO
Next: Huang sumbang katil boleh laras kepada dua warga emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.