Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Jo terima kunjungan hormat Panglima Divisyen Pertama Infantri
  • TEMPATAN

Abang Jo terima kunjungan hormat Panglima Divisyen Pertama Infantri

Utusan Sarawak 2 months ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Dato’ Khairul Anuar Abdul Aziz serta yang lain bergambar semasa kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, hari ini, Foto UKAS

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Panglima Divisyen Pertama Infantri Mejar Jeneral Dato’ Khairul Anuar Abdul Aziz di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Kunjungan Mejar Jeneral Dato Khairul bersama rombongan adalah berkenaan penjajaran semula pengoperasian tentera darat di kawasan Sarawak.

“Hal ini terutama kita membahagikan semula kawasan operasi daripada sempadan antara Sarawak dengan Indonesia dan juga segi keselamatan di Laut Cina Selatan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Dalam pada itu, pihaknya turut menzahirkan terima kasih kepada kerajaan Sarawak terutamanya kepada Abang Johari atas sumbangan peralatan baharu kepada mereka melibatkan peruntukan sebanyak RM11 juta.

“Kerajaan Sarawak telah memberikan peralatan seperti dron, alatan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) untuk kita gunakan di sempadan antara Sarawak dan Kalimantan, Indonesia,” katanya.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Komuniti Orang Ulu ‘tuan rumah’ Gawai Dayak 2025
Next: PPS di Trusan tutup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.