Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas maut dilanggar kereta ketika lintas jalan
  • KEMALANGAN

Warga emas maut dilanggar kereta ketika lintas jalan

Utusan Sarawak 2 months ago
MAUT… Ambulans kelihatan di lokasi kejadian kemalangan yang melibatkan seorang wanita warga emas dan sebuah SUV di Jalan Miri – Airport, malam tadi. Foto IPD Miri

MIRI: Seorang wanita warga emas maut dilanggar kenderaan ketika cuba melintas Jalan Miri – Airport di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Polis (ACP) Alexson Naga Chabu berkata kemalangan berlaku sekitar 7.30 petang itu melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 42 tahun dengan seorang pejalan kaki wanita berumur 62 tahun.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati, pemandu kenderaan tersebut berada dalam perjalanan balik ke Luak dan telah melanggar seorang pejalan kaki yang secara tiba-tiba melintas jalan.

“Kemalangan tersebut menyebabkan pejalan kaki meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan, dengan kenderaan tersebut mengalami kerosakan pada bahagian hadapan kenderaan,” kataya dalam satu kenyataan hari ini.

Alexson berkata susulan laporan polis tersebut, satu kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pemandu terselamat, kenderaan SUV musnah terbakar
Next: Tak mahu beli baju raya, petanda Aisar Azim akan pergi selamanya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.