Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pelajar anak Sarawak di UiTM turut nikmati pendidikan percuma
  • TEMPATAN

Pelajar anak Sarawak di UiTM turut nikmati pendidikan percuma

Utusan Sarawak 2 months ago
CENDERAMATA… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima cenderamata daripada Profesor Dr Firdaus Abdullah semasa kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Program pendidikan percuma yang dilaksanakan kerajaan Sarawak bermula 2026 akan turut diperluaskan kepada pelajar negeri ini yang menuntut di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) di bawah fasa kedua inisiatif tersebut.

Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM, Profesor Dr Firdaus Abdullah berkata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg secara dasarnya telah bersetuju dengan cadangan tersebut, khususnya kepada penuntut di UiTM Cawangan Sarawak bagi membangunkan tenaga kerja mahir.

“Datuk Patinggi Abang Johari secara dasarnya telah bersetuju dan perkara ini akan dilaksanakan pada fasa seterusnya, iaitu fasa kedua yang mana pendidikan percuma akan dipanjangkan kepada pelajar-pelajar rakyat Sarawak daripada institusi pengajian tinggi awam tempatan terutamanya UiTM Cawangan Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Fasa pertama menyaksikan pendidikan percuma akan diberikan kepada rakyat Sarawak yang menuntut di universiti milik Sarawak bermula tahun hadapan.

Dalam pada itu, Dr Firdaus menambah Abang Johari turut mencadangkan agar membantu kerajaan Sarawak dalam transformasi agrikultur.

Jelasnya, antara cadangan Premier Sarawak adalah untuk menjadikan Kampus Mukah yang memiliki 500 hektar tanah sebagai hab projek penanaman padi, terutama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) benih padi, produktiviti dan hasil padi.

JAWAB SOALAN… Profesor Dr Firdaus Abdullah menjawab soalan media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto UKAS

“Jadi kita akan meneliti cadangan Premier Sarawak tadi dan kita akan menubuhkan satu pasukan penyelidikan untuk kajian serta mencadangkan kepada kerajaan Sarawak nanti bagaimana kita dapat membantu dari segi teknologi, infrastruktur dan produktiviti penanaman padi untuk Sarawak termasuk penyimpanan karbon kerana penanaman padi ini ada kaitan dengan perkara tersebut,” jelasnya lagi.

Selain itu katanya, Premier turut mencadangkan agar UiTM Cawangan Sarawak menyediakan satu kertas kerja untuk membentuk makmal R&D untuk projek mikroalga.

Dalam perkembangan lain, Dr Firdaus turut mencadangkan kepada Premier Sarawak untuk menubuhkan ‘Kursi Tun Openg History And Heritage’.

Jelasnya lagi, UiTM akan bekerjasama dengan kursi tersebut untuk membuat kajian mengenai perkembangan Islam dan juga sejarah kebudayaan Sarawak. -UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Kaul Mukah 2025
Next: Jom reka bentuk logo, corak pesawat AirBorneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.