Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat tersangkut di Lapangan Terbang Bali
  • GLOBAL

Pesawat tersangkut di Lapangan Terbang Bali

Utusan Sarawak 2 months ago
Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai Bali.

JAKARTA: Tujuh penumpang Pesawat Airfast selamat dipindahkan pada pagi ini di Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai Bali selepas pesawat itu mengalami masalah teknikal, lapor Xinhua, memetik pengurus lapangan terbang berkenaan.

Pesawat yang telah terbang dari Benete di Sumbawa Barat itu menghadapi masalah teknikal sebaik mendarat di lapangan terbang pada 9.26 pagi.

Pengurus besar lapangan terbang itu, Ahmad Syaugi Shahab menjelaskan, pesawat itu tersangkut di landasan, menyebabkan semua penerbangan ditutup sementara atas sebab keselamatan. Landasan itu ditutup selama sekitar dua jam untuk memudahkan pemindahan dan menjalankan pemeriksaan yang diperlukan.

“Ini dilakukan bagi memastikan tiada objek asing tertinggal di landasan, yang boleh membahayakan keselamatan penerbangan,” tegasnya.

Akibat kejadian itu, 10 penerbangan berlepas telah ditangguhkan dan 21 penerbangan tiba terjejas, menurut lapangan terbang itu.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Guna kelaparan sebagai senjata adalah jenayah perang
Next: Penunjuk perasaan panjat Menara Elizabeth

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.