Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Guna kelaparan sebagai senjata adalah jenayah perang
  • GLOBAL

Guna kelaparan sebagai senjata adalah jenayah perang

Utusan Sarawak 2 months ago
SEORANG penduduk Palestin duduk di hadapan pintu bangunan yang rosak akibat peperangan semasa Ramadan di kem pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, baru-baru ini. Foto AFP

GAZA: Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Palestin semalam menegaskan Israel mempunyai kewajipan undang-undang untuk memastikan penyediaan keperluan asas kepada penduduk Palestin yang berada di bawah kawalannya, lapor Emirates News Agency (WAM).

“Ini termasuk makanan, air bersih, tempat perlindungan dan penjagaan kesihatan yang mencukupi. Sebarang sekatan terhadap kemasukan keperluan asas bagi orang awam boleh dianggap sebagai hukuman kolektif. Penggunaan kelaparan sebagai senjata perang adalah jenayah perang,” menurut kenyataan pejabat itu.

“Di Gaza, sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 19 Januari, tentera Israel dilaporkan telah membunuh 58 rakyat Palestin, termasuk 10 kanak-kanak dan tiga wanita, kebanyakannya di kawasan yang ditetapkan sebagai ‘zon larangan’ oleh Israel seperti Koridor Netzarim dan Philadelphi serta timur Rafah, Khan Younis dan Beit Hanun.

“Ramai daripada mereka yang terbunuh dilaporkan cuba memeriksa keadaan kediaman mereka. Menyasarkan rakyat Palestin yang tidak terlibat secara aktif dalam permusuhan adalah jenayah perang, tanpa mengira sekatan pergerakan yang dikenakan oleh Israel,” tambah kenyataan itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Israel didakwa serang masjid bersejarah di Tebing Barat
Next: Pesawat tersangkut di Lapangan Terbang Bali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.