Raikan pengorbanan wanita

Facebook
WhatsApp
RAIKAN BERSAMA… Joseph Chieng Jin Ek dan yang lain memotong kek sempena sambutan Hari Wanita Sedunia di Sibu, malam tadi.

SIBU: Ibarat sebutir permata yang sangat bernilai, wanita harus dihormati dan dijaga dengan penuh kasih sayang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek berkata, kepentingan sambutan Hari Wanita adalah untuk menghormati dan menjaga wanita.

“Ia bukan sahaja satu pengesahan, tetapi juga ucapan terima kasih atas kerja keras dan dedikasi wanita yang tidak mementingkan diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis makan malam sambutan Hari Wanita Sedunia dan Sesi Perkongsian Wanita Meningkatkan Imej, Membina Keyakinan anjuran Wanita Gabungan Persatuan Cina (UCA) Sibu, malam tadi.

Katanya, selain meraikan Hari Wanita, ia juga merupakan sesi perkongsian untuk meningkatkan imej wanita, membolehkan wanita lebih menghargai kesihatan dan berani menjalani kehidupan tercantik mereka.

“Semoga anda terus bersinar dalam kerjaya dan kehidupan anda,” ujarnya.

OLEH AKUN GIMAN