Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tidak pandang rendah prestasi United
  • SUKAN

Tidak pandang rendah prestasi United

Utusan Sarawak 2 months ago
PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta

LONDON: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta tetap tetap tidak mahu memandang rendah keupayaan Manchester United menjelang pertemuan kedua-dua pasukan esok (awal pagi Isnin) dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Arsenal hadir dengan tahap keyakinan tertinggi selepas merakam kemenangan 7-1 ke atas PSV Eindhoven dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, dan Arteta mahu mengekalkan momentum itu apabila bertandang ke Old Trafford.

Anak buah Arteta kini di tangga kedua liga, 13 mata di belakang Liverpool yang bermain lebih satu perlawanan dan enam mata di depan Nottingham Forest yang berada di tangga ketiga.

Walaupun dibezakan 21 mata dengan United yang berada di tangga ke-14 liga, pengendali dari Sepanyol itu tidak mahu memandang rendah keupayaan anak buah Ruben Amorim.

“Sejarah United menjadi bukti. Pemain-pemain yang mereka ada, kelab berkenaan – mempunyai legasi dalam mengatasi situasi sukar dan mereka adalah lawan yang berbahaya, terutama apabila anda tidak menjangkakannya.

“Melihat aksi mereka baru-baru ini, anda dapat lihat karakter skuad berkenaan. Mereka mampu menampilkan persembahan hebat dan menewaskan anda,” ujarnya.

Arteta berkata, Arsenal akan cuba meneruskan momentum kemenangan Liga Juara-Juara apabila bertandang ke Old Trafford esok.

“Apa yang berlaku ialah kami sangat berkesan di dalam kotak dan itu satu kekuatan, terutama dalam Liga Juara-Juara, sebab itu kami menang besar.

“Cara kami melakukannya melonjak keyakinan semua orang tetapi malangnya ia sudah berlalu. Sekarang tumpuan kepada apa yang kami lakukan hari ini, persiapan untuk esok dan cuba mengulangi persembahan hebat pada Ahad.

“Namun (menentang PSV) semuanya menjadi, dan itu amat membantu. Bagaimanapun setiap perlawanan tidak sama,” katanya.-AFP

Continue Reading

Previous: Masters Orleans: Pearly-Thinaah ‘tersekat’ di suku akhir
Next: Zii Jia tewas kepada pemain bukan pilihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.