Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Thai Airways larang guna ‘power bank’ dalam pesawat
  • GLOBAL

Thai Airways larang guna ‘power bank’ dalam pesawat

Utusan Sarawak 2 months ago

BANGKOK: Thai Airways International, syarikat penerbangan milik Kerajaan Thailand, mengumumkan larangan penggunaan bank kuasa di dalam pesawatnya, berkuat kuasa mulai 15 Mac.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun X rasminya pada Jumaat, syarikat penerbangan itu menyatakan bahawa langkah keselamatan baharu mengenai bank kuasa  diperkenalkan bagi meningkatkan keselamatan penumpang berikutan insiden kebakaran semasa penerbangan syarikat penerbangan antarabangsa, yang disyaki berpunca daripada penggunaan bank kuasa.

“Berkuat kuasa mulai 15 Mac 2025, penggunaan bank kuasa akan dilarang di dalam pesawat kami. Langkah-langkah ini dilaksanakan untuk memastikan tahap keselamatan yang tertinggi bagi penumpang dan kru.

Kami memohon kerjasama anda untuk mematuhi peraturan ini dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul,” kata syarikat penerbangan itu.

Thai Airways dan perkongsiannya mempunyai rangkaian laluan yang meliputi 30 negara di seluruh dunia.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Dataran utama di Copenhagen dinamakan semula sebagai ‘Palestine Square’
Next: Jadikan Laut China Selatan kawasan keamanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.