Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komited bantu golongan memerlukan
  • Utara
  • WILAYAH

Komited bantu golongan memerlukan

Utusan Sarawak 2 months ago
SUMBANGAN… Shahrezy Sulaiman bersama Ketua Wanita PBB, Noriha Ali serta wakil Alpro Pharmacy Medan Jaya bergambar bersama keluarga Bolhassan selepas penyerahan sumbangan katil hospital dan dana seikhlas hati. Foto Pusat Khidmat Rakyat DUN Jepak

BINTULU: Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak terus komited dalam usaha membantu golongan yang memerlukan dengan menyerahkan sumbangan sebuah katil hospital (gunasama) serta dana seikhlas hati kepada seorang pesakit kanser di sini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pegawai Khas ADUN Jepak, Shahrezy Sulaiman kepada Normah Bolhassan, mewakili bapanya, Bolhassan Karim yang menghidap kanser paru-paru tahap empat hingga lima.

Turut hadir menyaksikan penyerahan itu ialah Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak, Noriha Ali bersama Bendahari PBB Jepak, Shaebah Rosli dan wakil Alpro Pharmacy Medan Jaya, Agnes Yong dan Athirah.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, ADUN Jepak, Iskandar Turkee berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan pusat khidmat beliau dalam menyantuni dan membantu golongan yang memerlukan khususnya pesakit yang memerlukan kemudahan perubatan di rumah.

“Kami memahami bahawa pesakit yang menjalani rawatan di rumah memerlukan keselesaan dan sokongan yang mencukupi.

“Oleh itu, kami akan terus berusaha untuk menyediakan bantuan yang diperlukan bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga,” katanya.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Naik taraf bekalan air lima rumah panjang
Next: Jerayawara Bubur Lambuk eratkan hubungan masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.