Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SBA sedia platform kongsi pengalaman, jalin kerjasama
  • Tengah
  • WILAYAH

SBA sedia platform kongsi pengalaman, jalin kerjasama

Utusan Sarawak 2 months ago
ULANG TAHUN… Hii, Ngu, Betty Wong, Ting, Leong, Wong, Tiew, Lau dan Hie Ping memotong kek sempena sambutan ulang tahun ke-20 SBA, malam tadi.

SIBU: Persatuan Ahli Perniagaan Wanita Sibu (SBA) telah memainkan peranan dalam membantu ahli perniagaan wanita di Sibu dengan menyediakan platform kepada mereka untuk berhubung antara satu sama lain, di samping berkongsi pengalaman dan menjalinkan kerjasama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh berkata, dalam perniagaan sesorang itu perlu mendapatkan pengetahuan serta menguasai kemahiran terkini, selain tahu dalam apa yang mereka lakukan.

“Apabila anda mempunyai pengetahuan, kemahiran dan tahu caranya, anda dapat menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan cekap.

“Namun yang paling penting adalah mempunyai hubungan erat dengan mereka atau persatuan yang telah berjaya di sekeliling anda. Jika anda sudah memiliki semua kriteria ini, anda berada pada landasan yang betul untuk terus berkembang dalam perniagaan yang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Ulang Tahun Ke-20 SBA di salah sebuah hotel terkemuka, di sini malam tadi.

Menurutnya, untuk mengecapi kejayaan dalam bidang perniagaan bukanlah satu tugas yang mudah terutama pada tahun pertama perniagaan yang penuh dengan cabaran dan rintangan.

“Setelah berjaya memulakan perniagaan, anda harus mengekalkan kejayaan itu dan apabila anda berjaya melepasi tahun pertama, itu adalah satu pencapaian yang baik.

“Namun pada masa sama, anda harus mampu untuk mengekalkan perniagaan untuk tahun seterusnya.

“Hanya dengan itu, anda boleh mengatakan bahawa anda telah berjaya sepenuhnya dalam bidang perniagaan,” katanya.

Turut hadir, isteri Wong, Datin Sri Pauline Leong, Presiden SBA Patricia Ting, bekas presiden SBA Dato Betty Wong, Wong Hie Ping, Priscilla Lau, Jamie Tiew, Joan Ngu serta pengerusi penganjur, Stella Hii.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tingkat kesalinghubungan, transformasi digital
Next: SBA terus berfungsi himpunkan wanita cemerlang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.