Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ‘Cop’ parkir: Tujuh peniaga didenda
  • WILAYAH

‘Cop’ parkir: Tujuh peniaga didenda

Utusan Sarawak 2 months ago
MELANGGAR UNDANG-UNDANG… Anggota MPS mengalihkan tong sampah yang digunakan untuk menempah tempat letak kereta secara haram di Sibu. -Foto Facebook Mohammed Abdullah Izkandar Roseley

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) mengeluarkan tujuh kompaun terhadap individu dan pemilik perniagaan yang didapati menempah tempat letak kereta awam secara haram di beberapa lokasi sekitar bandar ini.

Antara kawasan yang terlibat termasuk satu kompaun di lorong belakang Jalan Khoo Peng Loong, dua di Jalan Channel, satu di Jalan Bengkel, dua di Pasar UTC, dan satu di Jalan Market.

Timbalan Pengerusi MPS, Mohammad Abdullah Izkandar Roseley menegaskan bahawa tindakan menempah tempat letak kereta awam dengan meletakkan objek seperti tong sampah, kon trafik, dan halangan lain adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Kami mengingatkan semua pemilik perniagaan dan individu agar tidak menempah tempat letak kereta secara haram,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan bahawa tindakan tegas diambil bagi memastikan tempat letak kereta awam kekal boleh diakses oleh semua pengguna tanpa sebarang sekatan yang tidak adil.

Menurutnya, penguatkuasaan itu dibuat berdasarkan Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (Kebersihan) 1999, khususnya Undang-Undang Kecil 18(1)(b), yang melarang meletakkan objek atau halangan di kawasan awam.

“Kelmarin, pasukan penguatkuasaan dari MPS telah menjalankan operasi di pusat bandar dan bertindak menyita objek yang diletakkan bagi menempah tempat letak kereta secara tidak sah,” tambahnya.

MPS turut menggalakkan orang ramai untuk melaporkan sebarang kesalahan berkaitan melalui aplikasi SMCCares atau WhatsApp di 019-8179297 bagi memastikan tindakan segera dapat diambil terhadap pesalah.

OLEH TARANI LANTING

Continue Reading

Previous: Cerminan keharmonian, keunikan Sarawak
Next: Ekslusif: Musim bubuk kembali lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.