Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Andi Bernadee muncul lagu Inikan Hari Raya
  • HIBURAN

Andi Bernadee muncul lagu Inikan Hari Raya

Utusan Sarawak 2 months ago
ANDI Bernadee muncul dengan pelancaran lagu hari raya secara solo pertamanya berjudul Inikan Hari Raya menjelang sambutan Syawal hujung bulan ini. Foto Universal Music Malaysia

SETELAH berpindah ke Universal Music Malaysia, penyanyi berbakat Andi Bernadee muncul dengan pelancaran lagu hari raya secara solo pertamanya berjudul Inikan Hari Raya menjelang sambutan Syawal hujung bulan ini.

Universal Music Malaysia dalam kenyataan, berkata karya yang menggabungkan elemen moden dan tradisional itu dijangka memberi kelainan serta menyemarakkan lagi suasana musim raya dengan irama catchy dan menghiburkan.

“Dicipta oleh Hanis Rafi, Firdaus Rahmat dan Omar K, lagu ini turut mendapat sentuhan lirik nukilan Andi Bernadee sendiri bersama-sama dengan Hanis Rafi, Firdaus Rahmat serta Omar K juga,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, Andi berkata proses rakaman lagu itu di studio melibatkan dua sesi, iaitu merakamkan vokal utama sebagai demo untuk menghayati lagu tersebut serta berbincang tentang muzik, adunan dan lirik yang sesuai bersama-sama dengan komposer.

“Hanya selepas itu, kami melakukan rakaman sesi kedua dengan segala keputusan yang telah disahkan,” katanya yang berharap pendengar dapat menikmati lagu tersebut dengan sepenuh hati.

Artis berusia 34 tahun itu berkata lagu tersebut menggambarkan suasana sebuah keluarga yang pulang ke kampung halaman serta pelbagai peristiwa yang terjadi semasa persiapan dan pada sambutan hari raya.

“Situasi ini pasti berlaku di mana-mana dan saya percaya ia dapat dirasai oleh semua orang,” kata Andi. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Peniagaan maruku ditipu, Noraniza Idris buat laporan polis
Next: Pelawak popular meriahkan Dapur Pecah Perut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.