Menyelam di Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti 

Facebook
WhatsApp
JANGAN LEPASKAN PELUANG… Aktiviti menyelam di Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti.

BEKENU: Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti kini sudah dibuka bermula hari ini bagi aktiviti menyelam.

Pengumuman ini telah dikeluarkan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) melalui Facebook rasmi hari ini.

“Siapa-siapa yang berminat untuk menyelam sudah dibenarkan kerana keadaan cuaca sudah kembali normal.

“Jika orang ramai ingin keterangan lanjut boleh menghubungi petugas renjer taman berkenaan,” jelasnya.

OLEH ADUM LIU