Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Harith Iskander, Cecelia Yap Song dikompaun RM10,000 kerana hina Islam
  • NASIONAL

Harith Iskander, Cecelia Yap Song dikompaun RM10,000 kerana hina Islam

Utusan Sarawak 2 months ago
PELAWAK Harith Iskander. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Pelawak Harith Iskander dan Cecelia Yap Song masing-masing akan dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 atas kesalahan memuat naik kandungan serta komen bersifat jelik dan menghina agama Islam.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan malam ini memaklumkan tindakan kompaun di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu dibuat setelah mendapat izin Jabatan Peguam Negara (AGC).

MCMC turut memaklumkan atas permintaan, pengendali Facebook, Meta telah menurunkan kandungan berkenaan setelah ia didapati melanggar garis panduan komuniti platform media sosial itu.

“Selain itu, permohonan penutupan akaun Facebook milik kedua-dua individu terbabit juga telah dibuat. Permohonan tersebut kini dalam penelitian dan penilaian pihak Meta,” menurut kenyataan tersebut.

Harith didakwa memuat naik gambar secawan kopi dengan kapsyen yang didakwa menghina agama di akaun Facebooknya pada 18 Jan lepas, manakala Cecelia di bawah akaun Facebooknya Cecilia Yap Song KL didakwa memuat naik komen menghina agama Islam pada hantaran selebriti berkenaan tiga hari kemudian. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Pegawai kastam ditemukan mati dengan leher, kaki terjerut pengikat kabel di MoF
Next: Kes rasuah: Usah buat andaian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.