Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 15 maut, 25 cedera diserang kumpulan militan di Pakistan
  • GLOBAL

15 maut, 25 cedera diserang kumpulan militan di Pakistan

Utusan Sarawak 2 months ago
Tentera Pakistan berkawal susulan lonjakan serangan kumpulan militan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – Foto AFP

KARACHI: Sekurang-kurangnya 15 orang  terbunuh dan 25 yang lain cedera selepas kumpulan militan disyaki menyerang kawasan pangkalan tentera di barat laut Pakistan.

Insiden itu, yang terbaru dalam rentetan serangan serupa berlaku di Bannu di barat laut wilayah Khyber Phaktunkhwa, apabila kumpulan militan bersenjata lengkap merempuh dua kenderaan sarat dengan bahan letupan ke dinding luar kawasan itu selepas dipintas oleh anggota keselamatan.

Letupan berkenaan menyebabkan bumbung beberapa rumah berdekatan runtuh, mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang awam, kata seorang pegawai tentera kepada Anadolu, meminta untuk namanya tidak disiarkan.

“Enam penyerang turut terbunuh, manakala beberapa lagi dikepung ke sebahagian kawasan,” tambahnya.

Jurucakap hospital daerah Bannu, Dr Nauman Ahmed berkata, mereka yang terkorban terdiri empat wanita dan dua kanak-kanak.

Selain itu, katanya, keadaan beberapa orang yang cedera adalah di tahap kritikal.

Tiada kumpulan setakat ini mengaku bertanggungjawab ke atas serangan berkenaan, tetapi kumpulan militan yang bergabung dengan Tehreek-Taliban Pakistan atau TTP sudah lama menyerang anggota keselamatan Pakistan.

Dengan sekurang-kurangnya 685 kematian dalam 444 serangan pengganas, 2024 menjadi salah satu tempoh paling mencabar bagi pasukan keselamatan Pakistan sejak dua dekad lalu.-AFP

Continue Reading

Previous: Pintu-pintu masuk di Masjidil Haram diperuntukkan bagi tujuan tertentu
Next: AS$30 juta wang tunai hilang diserah kepada polis di Tokyo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.