Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua wakil ADUN Sarawak sertai CPA Malta
  • Selatan
  • WILAYAH

Dua wakil ADUN Sarawak sertai CPA Malta

Utusan Sarawak 3 months ago
LIDAM Assan menerima sijil penyertaan daripada penganjur. Foto ADUN Lingga

SIMANGGANG: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak adalah di antara 30 peserta yang menyertai Program Residensi Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) di Malta, baru-baru ini.

Dua ADUN tersebut iaitu Dayang Noorazah Awang Sohor (Lingga) dan Lidam Assan (Katibas).

DAYANG Noorazah Awang Sohor menerima sijil penyertaan daripada penganjur. Foto ADUN Lingga

Program yang telah berlangsung selama lima hari itu telah disertai 30 negara termasuklah Malta, United Kingdom, Australia, Kenya, Ghana, Saint Lucia, Montserrat, Eswatini, Antigua dan Barbuda.

Selain itu, Arunachal Pradesh (East India), Punjab Pakistan, Khyber Pakhtunkhwa, Lesotho, Malawi dan Sarawak (Malaysia).

Program Residensi Persatuan Parlimen Komanwel adalah salah satu program yang diadakan oleh CPA Academy bagi mempelajari etika, skills dan pengetahuan dalam bidang Politik dan Parlimen.

Foto ADUN Lingga
Foto ADUN Lingga

Dayang Noorazah berkata menariknya program ini, hampir kesemua topik yang dipelajari menggunakan kaedah pemikiran kritis, kemahiran berkomunikasi dan praktikal.

“Semua peserta juga diberi tugasan bagaimana untuk berhadapan dengan media dan juga berbahas di Dewan Parlimen Malta.

“Pengalaman ini pastinya cukup bermanfaat dan akan dipraktikkan dalam pelbagai bidang yang diceburi,” katanya.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gesa percepatkan pelaksanaan projek BDDA
Next: Pastikan keselamatan makanan, kesihatan pelanggan terjamin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.