
MARUDI: Dua ekor ular daun menyelinap masuk ke dalam tandas kuarters seorang pegawai kerajaan di sini berjaya ditangkap oleh anggota Pertahanan Awam Marudi (APM) petang kelmarin.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt (PA) Mirwan Shah Masri berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi, menerima panggilan kecemasan pada 6.20 petang daripada seorang lelaki.
Setelah menerima laporan sepasukan anggota APM diketuai L/Kpl (PA) Mohammad Hassan dan tiga anggota lain bergerak ke lokasi terletak pada jarak 3.5 kilomter dari PKOD Marudi.
Sebaik tiba ke lokasi pasukan Skuad Foxtrot mendapati dua ekor ular daun berada dalam tandas rumah pengadu.
Katanya setelah melakukan pengoperasian, Skuad Foxtrot berjaya menangkap kedua-kedua ular tersebut menggunakan alat penjerut ular.
Oleh Jiku Juguong