Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sebastian Ting dianugerahkan gelaran JCI Senator
  • SEMASA

Sebastian Ting dianugerahkan gelaran JCI Senator

Utusan Sarawak 2 months ago
TIMBALAN Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dianugerahkan gelaran JCI Senator, penghormatan tertinggi oleh Junior Chamber International (JCI), dalam satu majlis di salah sebuah hotel terkemuka, malam tadi. FotoUKAS

MIRI: Anugerah bukan hanya satu penghormatan peribadi, tetapi juga satu tanggungjawab untuk memastikan generasi muda terus mendapat bimbingan dalam membentuk masa depan lebih cemerlang.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata demikian setelah dianugerahkan gelaran JCI Senator, penghormatan tertinggi oleh Junior Chamber International (JCI), dalam satu majlis di salah sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Sebastian Ting dalam ucapannya, melahirkan rasa penghargaan atas pengiktirafan itu.

Sebastian Ting menegaskan komitmennya untuk terus menyokong pembangunan kepimpinan, sosial, dan keusahawanan dalam kalangan generasi muda.

JCI Miri dalam satu kenyataan turut menzahirkan kebanggaan atas penganugerahan ini, dan berharap ia menjadi inspirasi kepada ahli-ahli lain untuk terus aktif dalam menjayakan visi dan misi organisasi.

ANUGERAH penghormatan tertinggi oleh Junior Chamber International (JCI), JCI Senator diperoleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew. FotoUKAS

Majlis yang dihadiri 200 tetamu termasuk barisan kepimpinan JCI di peringkat nasional, dan tempatan, turut menyaksikan penyampaian sijil, kad keahlian, dan pin rasmi JCI Senator kepada Datuk Sebastian Ting sebagai simbol penghormatan terhadap pencapaiannya.

Untuk rekod, JCI, ialah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang tidak berasaskan keuntungan yang kini mempunyai keahlian di kira-kira 127 negara serta organisasi peringkat serantau atau kebangsaan di kebanyakan negara tersebut.

Gelaran JCI Senator diberikan sebagai pengiktirafan kepada individu yang telah memberikan sumbangan luar biasa kepada JCI dan membolehkan penerima menjadi sebahagian daripada rangkaian kepimpinan global organisasi tersebut.

Turut hadir ialah Presiden Kebangsaan JCI, Tan Wei Jian serta Presiden JCI Miri 2025, Sam Yong Chuen Nean.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Anjur kursus agar pengusaha burung walit kekal berdaya saing
Next: Dewan Rakyat: Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.