Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Keriangan Fasha Sandha bersama keluarga sepanjang Ramadan
  • HIBURAN

Keriangan Fasha Sandha bersama keluarga sepanjang Ramadan

Utusan Sarawak 2 months ago
FASHA Sandha bersama keluarga dalam Oh Mummy!. Foto TV3

MENJADI ibu bukan sekadar mengurus rumah tangga, tetapi sebuah perjalanan penuh warna, cabaran dan detik berharga yang sukar dilupakan.

Namun, bagaimana pula apabila seorang selebriti seperti Fasha Sandha membuka pintu rumahnya dan berkongsi kisah kehidupannya sebagai seorang ibu?

OH Mummy! berssiaran selama lima episod.

Dari menghantar anak ke sekolah hingga persiapan raya, Oh Mummy! membawa penonton ikut bersama kehidupan Fasha Sandha dan keluarganya dalam sebuah program istimewa yang dipenuhi kehangatan, gelak tawa dan momen indah.

Bersama Fasha Sandha dan keluarganya, Oh Mummy! bersiaran selama lima episod, mulai 1 Mac 2025 ini, setiap Sabtu, 6.00 petang di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

FASHA Sandha. Foto TV3

Oh Mummy! mengetengahkan sisi berbeza kehidupan Fasha Sandha sebagai seorang ibu, dengan setiap episod dipenuhi kisah penuh warna, dari rutin harian yang sibuk menghantar anak ke sekolah hingga detik santai menikmati waktu bersama di meja makan.

Hujung minggu keluarga beliau diisi dengan pelbagai aktiviti luar, sehinggalah perjalanan ke Kangar untuk majlis kenduri keluarga yang membawa kembali nostalgia dan keakraban.

Menjelang Ramadan, suasana semakin meriah dengan persiapan raya, seperti membeli baju, membuat kuih, mengemas rumah, memasak rendang, dan berbuka puasa bersama.

FASHA bersama suami dan anaknya pada penggambaran Oh Mummy!. Foto TV3

Dipenuhi dengan kasih sayang dan keceriaan, program ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga membawa penonton lebih dekat dengan kehidupan Fasha dan keluarganya, sekali gus memberi inspirasi kepada mereka.

Raikan Ramadan dengan penuh kehangatan bersama Oh Mummy! Sebuah program yang menampilkan kisah kasih sayang dan gelagat ibu dan anak, keceriaan keluarga, serta momen-momen berharga sepanjang bulan mulia ini.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kehidupan sebenar seorang selebriti yang bergelar ibu, detik-detik istimewa bersama keluarga, dan keindahan ikatan yang menjadikan Ramadan lebih bermakna bersama tersayang. – TV3

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Alif Satar main kayu tiga?
Next: Pilihan tiga drama bersiri sepanjang Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.