Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bantu masjid, surau jalankan aktiviti keagamaan sepanjang Ramadan
  • Tengah
  • WILAYAH

Bantu masjid, surau jalankan aktiviti keagamaan sepanjang Ramadan

Utusan Sarawak 2 months ago
PASANG APRON… Datuk Len Talif Salleh memasang apron di badan wakil penjaja Bazar Ramadan Sarikei, Awangku Aharruddin Awang Fauzi.

SARIKEI: Sumbangan dana berjumlah keseluruhan RM71,000 telah disalurkan kepada 17 masjid dan surau di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang termasuk Masjid Nur Permai di Jalan Permai.

Hadir bagi menyerahkan sumbangan tersebut di majlis penyerahan dana masjid, surau, kurma dan apron tersebut bertempat di Dewan Komuniti Masjid Al Muttaqin pada petang semalam ialah Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh.

Katanya, dana tersebut bertujuan membantu masjid dan surau menjalankan aktiviti keagamaan sepanjang Ramadan yang bakal tiba.

ANTARA YANG HADIR….Antara yang hadir pada majlis penyerahan dana masjid, surau, kurma dan apron bertempat di Dewan Komuniti Masjid Al Muttaqin.

“Alhamdulillah, sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat membantu masjid dan surau di kawasan DUN Kuala Rajang termasuk Masjid Nur Permai di Jalan Permai untuk mengadakan aktiviti keagamaan seperti tadarus al-Quran sepanjang Ramadan.

“Selain itu, sebanyak 2,797 pek kurma turut diagihkan kepada ketua kaum di zon Sarikei untuk dinikmati masyarakat setempat pada Ramadan ini,” katanya ketika ditemu bual media selepas majlis tersebut.

Di majlis sama, Len Talif turut menyerahkan apron kepada 185 orang penjaja di Bazar Ramadan Sarikei yang diketuai oleh Awangku Aharruddin Awang Fauzi bersama 20 wakil penjaja lain.

UCAPAN… Datuk Len Talif Salleh berucap pada majlis penyerahan dana masjid, surau, kurma dan apron.

“Inisiatif ini adalah tanda sokongan dan penghargaan kepada para penjaja yang memainkan peranan penting dalam menyemarakkan suasana Ramadan,” tambahnya.

Dalam pada itu, katanya, program Jelajah Ramadan DUN Kuala Rajang yang diadakan setiap tahun bila tibanya Ramadan akan dimulakan di Kampung Rajang dan kemudiannya diteruskan ke Kampung Jerijeh, Kampung Belawai, Tanjung Manis, Bukit Kinyau, serta beberapa lokasi di Sarikei termasuk Masjid Al Muttaqin, Masjid Ar-Rahmah, Masjid Darul Sa’adah dan Kampung Selalang.

“Program Jelajah Ramadan ini bukan sekadar menyalurkan sumbangan, tetapi juga bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat setempat.

“Kita mahu memastikan setiap lapisan masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan, mendapat manfaat sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini,” katanya.

Beliau berharap sumbangan yang diberikan dan program yang dirancang dapat memperkukuh semangat perpaduan serta membawa keberkatan kepada seluruh komuniti dalam menyambut Ramadan.

Turut hadir Pemanca Awang Kenit Awang Mohamad, Penghulu Mustafa Hamdan dan Pengerusi Masjid Al Muttaqin, Sulaiman Buhari.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peniaga Bazar Ramadan diingatkan jaga kebersihan
Next: Pastikan pentadbiran akar umbi berjalan lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.