Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rondaan pemantauan MTL kawasan berisiko banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Rondaan pemantauan MTL kawasan berisiko banjir

Utusan Sarawak 2 months ago
RONDAAN PEMANTAUAN…..Rondaan pemantauan di kawasan rendah berisiko banjir pada malam tadi. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Dua orang anggota bomba telah menjalankan rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) di dua kawasan rendah berisiko banjir.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, dua kawasan yang dipantau oleh pihaknya adalah di Jalan Jubli dan Jalan Meranti.

“Rondaan pemantauan dijalankan bermula 10.50 malam tadi.

“Air sedang surut semasa pemantau oleh dua orang anggota bomba bertugas,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Katanya, hujan turun semasa rondaan pemantauan tersebut.

“Paras air di kedua-dua kawasan rendah berisiko banjir dalam keadaan terkawal dan tiada sebarang panggilan kecemasan diterima semasa rondaan.

“Selain itu, keadaan lalu lintas di kawasan-kawasan tersebut juga adalah terkawal,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba giat pantau kawasan berisiko banjir
Next: Peniaga Bazar Ramadan diingatkan jaga kebersihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.