Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba giat pantau kawasan berisiko banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba giat pantau kawasan berisiko banjir

Utusan Sarawak 2 months ago
PEMANTAUAN… Anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan di tebingan sungai Batang Rajang malam tadi. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Pihak bomba terus mempergiat pemantauan di kawasan rendah berisiko banjir.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, rondaan pemantauan yang dijalankan di sekitar tebingan sungai Batang Rajang pada malam tadi mendapati keadaan masih terkawal.

“Dua anggota bomba bertugas menjalankan rondaan pemantauan tersebut.

“Ketika pemantauan dijalankan dari jam 11.00 malam hingga 11.30 malam, keadaan cuaca baik dan paras air sungai menunjukkan trend penurunan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, rondaan pemantauan tersebut adalah langkah kesiapsiagaan di musim monsun timur laut (MTL).

“Pihak kami (bomba) akan terus memantau di kawasan rendah berisiko banjir.

“Alhamdulillah, tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bantuan jalankan program sepanjang Ramadan
Next: Rondaan pemantauan MTL kawasan berisiko banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.