Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera terbabit kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera terbabit kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 2 months ago
BOMBA mengeluarkan mangsa selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di persimpangan lampu isyarat Hospital Miri,awal pagi tadi.

MIRI: Seorang lelaki cedera selepas kereta yang dipandu terbabit dalam kemalangan kendiri lalu terbalik di persimpangan lampu isyarat Hospital Miri, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu 4.24 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng ke lokasi kejadian.

“Setibanya dilokasi didapati sebuah kereta telah terlibat dalam kemalangan kendiri, kereta tersebut berada dalam keadaan terbalik.

“Terdapat seorang mangsa yang berada didalam kenderaan tersebut

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan oleh anggota bomba dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa itu telah berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pacuan empat road terbabas dalam kemalangan kendiri, pemandu selamat
Next: Pemandu tersepit, cedera setelah lori dipandu terlibat dalam kemalangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.