Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 2,258 murid B40, ahli Pandu Puteri dari 29 sekolah terima bantuan
  • Utara
  • WILAYAH

2,258 murid B40, ahli Pandu Puteri dari 29 sekolah terima bantuan

Utusan Sarawak 2 months ago
TOH Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi memakaikan beg sekolah kepada salah seorang murid pada majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir di SK Bintulu hari ini.

BINTULU: Seramai 2,258 murid daripada golongan B40 dan ahli Pandu Puteri dari 29 sekolah menengah dan rendah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini menerima bantuan kelengkapan sekolah.

Simbolik penyampaian sumbangan itu disempurnakan oleh Penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi sebagai sebahagian daripada usaha membantu murid-murid yang terkesan kembali ke sekolah dengan lebih selesa dan bersedia.

SAMBUT KETIBAAN… Ketibaan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi disambut oleh barisan kepimpinan dan ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia Bahagian Bintulu.

Inisiatif ini merupakan kerjasama antara PPPM Cawangan Sarawak dan OCI TerraSus Sdn Bhd, yang telah menyalurkan RM100,000 bagi membiayai pembelian beg sekolah, alat tulis, pensel warna dan bekas makanan untuk diagihkan kepada penerima.

Menurut Yang Dipertua PPPM Cawangan Sarawak, Dato’ Dayang Morliah Datuk Awang Daud, bantuan ini bukan sekadar meringankan beban keluarga tetapi juga memberi motivasi kepada murid-murid untuk meneruskan pembelajaran dengan semangat baharu.

UCAPAN… Dato’ Dayang Morliah Datuk Awang Daud menyampaikan ucapan pada majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir di SK Bintulu hari ini.

“Kami percaya bahawa setiap sumbangan yang diberikan dapat membawa perubahan positif.

“Usaha ini juga seiring dengan komitmen kami dalam memperkasa wanita muda sebagai pemimpin masa depan melalui pendidikan dan pembangunan kendiri,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintulu hari ini.

Beliau memberitahu, persatuan turut menerima sokongan daripada agensi kerajaan dan syarikat swasta, yang bersama-sama menjayakan program ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial mereka.

TANDATANGAN… Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menandatangani buku lawatan.

“Kami berharap lebih banyak pihak tampil membantu, khususnya dalam memberi sokongan kepada mangsa bencana seperti banjir.

“Persatuan Pandu Puteri sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan ahli dan masyarakat, bukan hanya melalui aktiviti kepanduan tetapi juga menerusi kerja-kerja kebajikan yang berterusan,” tambah Morliah.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak, Astana Negeri, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pejabat Residen Bahagian Bintulu, jabatan kerajaan negeri dan persekutuan, sektor swasta serta tenaga pengajar sekolah-sekolah terlibat atas sokongan mereka dalam menjayakan program ini.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM20,000 untuk empat JKKK, agensi kerajaan DUN Krian  
Next: SAR hari kelima warga emas hilang di hutan temui jalan buntu  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.