Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka kematian cecah 60, WHO siasat wabak misteri
  • GLOBAL

Angka kematian cecah 60, WHO siasat wabak misteri

Utusan Sarawak 2 months ago
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO).

KINSHASA: Pihak berkuasa kesihatan Republik Demokratik Congo (DR Congo) dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini menyiasat kematian dan penyakit baharu membabitkan Wilayah Equateur, dengan 1,096 orang jatuh sakit dan 60 dilaporkan maut.

Kejadian berlaku di zon kesihatan Basankusu, Wilayah Equateur, dengan 141 kes direkodkan minggu lalu.

Pada awal Februari, kawasan yang sama mencatatkan 158 kes dan 58 kematian, lapor Xinhua.

Pada Januari, zon kesihatan Bolomba dalam wilayah yang sama melaporkan 12 kes, termasuk lapan kematian, menurut kenyataan WHO pada Khamis.

WHO mendedahkan bahawa pemantauan penyakit yang dipertingkatkan mengenal pasti 1,096 orang jatuh sakit serta 60 kematian di Basankusu dan Bolomba.

Pesakit menunjukkan simptom seperti demam, sakit kepala, sakit otot dan sendi, batuk, muntah, cirit-birit, serta dalam beberapa kes, pendarahan pada hidung.

Pasukan tindak balas pantas negara, termasuk pakar kecemasan WHO dikerahkan ke kawasan terjejas bagi menyiasat punca wabak dan memberikan bantuan perubatan segera.

Ujian awal menolak kemungkinan jangkitan Ebola dan virus Marburg, sementara kira-kira separuh daripada sampel yang diuji didapati positif malaria.

Analisis lanjut sedang dijalankan bagi mengesan jangkitan lain seperti meningitis, serta kemungkinan pencemaran persekitaran, menurut WHO.

Usaha tindak balas masih berdepan cabaran akibat infrastruktur yang lemah dan akses kesihatan yang terhad di kawasan terpencil seperti Basankusu dan Bolomba.

Pada akhir 2024, wilayah barat daya DRC, Kwango turut dilanda penyakit misteri yang kemudiannya dikenal pasti sebagai malaria yang diperburuk oleh malnutrisi.

Laporan kerajaan yang dikeluarkan pada Januari 2025 merekodkan 2,774 kes dan 77 kematian.

Wabak itu muncul ketika DRC berdepan pelbagai krisis kesihatan yang semakin membebankan.

Sementara itu, konflik bersenjata di wilayah North Kivu dan South Kivu terus memburukkan lagi situasi kemanusiaan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Asteroid 2024 YR4 tidak lagi timbulkan ancaman besar kepada Bumi – NASA
Next: Umat Islam di Thailand, Kemboja, Singapura berpuasa mulai Ahad, Indonesia esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.