Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kaunter tambahan bagi pendaftaran SKAS
  • Utara
  • WILAYAH

Kaunter tambahan bagi pendaftaran SKAS

Utusan Sarawak 2 months ago
TINJAU… Dato Majang meninjau sesi libat urus program SKAS di Dewan Suarah Bintulu, memastikan kelancaran pelaksanaan serta mendengar maklum balas daripada pihak berkaitan.

BINTULU: Kaunter tambahan bagi pendaftaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan dibuka sekiranya masih terdapat penduduk yang belum sempat mendaftar selepas sesi libat urus program SKAS Bahagian Bintulu di Dewan Suarah berakhir esok.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Dato Majang Renggi berkata, inisiatif itu bertujuan memastikan setiap individu yang layak menerima bantuan tidak terlepas peluang untuk mendaftar.

“Sejak semalam, lebih 700 orang telah hadir, dan jumlah yang sama dijangka hari ini.

“Esok merupakan hari terakhir, tetapi jika masih ada yang belum berdaftar, kita akan membuka kaunter tambahan di Pejabat Daerah serta menggunakan pusat khidmat masyarakat dan persatuan bagi memudahkan proses pendaftaran,” katanya selepas meninjau sesi libat urus program SKAS Bahagian Bintulu di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju turut merakamkan penghargaan kepada Pejabat Daerah Bintulu serta agensi berkaitan yang telah memastikan kelancaran pendaftaran dan mempercepat proses bagi membantu rakyat yang memerlukan.

SKAS merupakan inisiatif kerajaan Sarawak yang menyediakan bantuan keperluan asas bernilai RM800 kepada golongan berpendapatan rendah.

Bantuan ini disalurkan secara digital melalui S Pay Global, e-wallet rasmi kerajaan Sarawak, bagi memastikan pengagihan yang lebih cepat, telus, dan mudah digunakan oleh penerima.

Dengan menggunakan S Pay Global, penerima dapat membeli keperluan asas seperti makanan, barangan rumah, dan keperluan harian di premis terpilih, sekali gus memberi fleksibiliti dalam perbelanjaan harian mereka.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Komuniti Cina Engkilili tidak dipinggirkan
Next: IR 4.0 tawar peluang tingkat kecekapan teknologi baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.