Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 25 JKKK terima peruntukan
  • Tengah
  • WILAYAH

25 JKKK terima peruntukan

Utusan Sarawak 2 months ago
RAKAM KENANGAN… Dato Mohd Chee Kadir bergambar bersama 25 wakil JKKK yang menerima geran projek khas kerajaan Sarawak.

KABONG: Sebanyak 25 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong telah menerima peruntukan berjumlah RM75,000 keseluruhan daripada geran projek khas kerajaan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata setiap JKKK akan menerima peruntukan sebanyak RM3,000 bagi menampung perbelanjaan menjalankan aktiviti pertubuhan itu.

Beliau berharap geran tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh setiap JKKK yang terlibat.

PENYAMPAIAN… Dato Mohd Chee Kadir menyampaikan cek peruntukan geran projek khas kerajaan Sarawak kepada Ketua Kampung Hulu Darat Kabong, Molyadi Sapali.

“JKKK hendaklah memastikan peruntukan yang diberi diuruskan sebaik mungkin demi manfaat JKKK dan penduduk setempat.

“Apabila sesebuah JKKK mempunyai kewangan yang kukuh kerana urus tadbir yang baik, ia mampu memberi kemudahan kepada masyarakat setempat,” katanya semasa menyampaikan geran projek khas kerajaan Sarawak kepada 25 JKKK di Pusat Khidmat ADUN Kabong di sini semalam.

Dalam pada itu, satu sesi randau turut diadakan bersama ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) bagi kawasan DUN Kabong.

Chee Kadir berkata sesi randau diadakan itu bertujuan membincangkan pelbagai isu dan perkara berbangkit yang melibatkan kesejahteraan masyarakat setempat.

Beliau turut memaklumkan mengenai beberapa projek pembangunan yang telah dirancang untuk dilaksanakan di kawasan DUN Kabong, khususnya peruntukan program transformasi luar bandar (RTP) serta Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

Chee Kadir juga memberi penekanan kepada KMKK agar terus memperkasakan peranan serta tanggung jawab mereka terhadap penduduk setempat.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Komited perkasa pendidikan melalui SEEP
Next: Kempen derma darah Sabtu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.