
BINTULU: Bazar Ramadan anjuran Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) yang dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 23 Mac terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Menurut kenyataan UPMKB, keputusan itu dibuat selepas mempertimbang pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan.
“Pihak universiti memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul akibat pembatalan ini.
“Kami berharap agar semua pihak dapat memahami situasi yang dihadapi,” katanya.
Menurut kenyataan itu, sebarang perkembangan lanjut mengenai penganjuran acara tersebut pada masa hadapan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.