Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba periksa tiga premis swasta
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba periksa tiga premis swasta

Utusan Sarawak 2 months ago

BINTANGOR: Pihak bomba telah menjalankan pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran (MBK) di premis-premis kawasan jagaan, semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan di tiga premis swasta sekitar bandar Bintangor. 

“Saya bersama tiga orang anggota bomba bertugas menjalankan pemeriksaan di premis-premis tersebut. 

“Pemeriksaan dijalankan bermula 9.30 pagi” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, aktiviti pemeriksaan adalah bagi memastikan alat-alat keselamatan kebakaran di premis-premis tersebut berfungsi dengan baik. 

“Premis yang diperiksa termasuklah yang sering menjadi tumpuan orang ramai. 

“Pemeriksaan ini juga bertujuan agar mereka yang datang berkunjung akan berasa selamat apabila berada di dalam premis-premis tersebut. 

“Pemeriksaan MBK selesai sepenuhnya pada 11.00 pagi,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Laksana penambahbaikan tingkat kualiti perkhidmatan, kemudahan
Next: RECODA perkasa usahawan B40 melalui program IPR-INTAN di Tanjung Manis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.