Separuh jalan Q13-3A.4 Kuching Outer Ring Road, Bahagian Samarahan ditutup sementara

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SAMARAHAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah mengeluarkan notis pemberitahuan mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Q13-3A.4 Kuching Outer Ring Road, Bahagian Samarahan.

Menurut jurucakap JKR Sarawak menerusi satu notis pemberitahuan, penutupan jalan akan melibatkan laluan dari Kilometer 4+480 hingga Kilometer 5+800, dan dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 27 Februari ini.

Waktu penutupan adalah dari 9.00 malam hingga 5.00 pagi setiap hari bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan dijalankan dengan lancar.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan pembinaan ini dan mematuhi arahan keselamatan yang disediakan.

Sebarang pertanyaan berkaitan aliran trafik boleh diajukan kepada Pejabat JKR Bahagian Samarahan di talian 082-672860 pada waktu pejabat.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi JKR Sarawak di jkr.sarawak.gov.my atau menghubungi pihak jabatan melalui emel di corporatejkr@gmail.com.

JKR Sarawak menasihatkan semua pengguna jalan raya agar memberikan kerjasama sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan ini dijalankan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas di kawasan terlibat.