Celestine Jubang Paul Timbalan Pengarah PPS berkuat kuasa 17 Februari ini

Facebook
WhatsApp
SELAMAT MAJU JAYA… Mohd Hidayat (kanan) menyerahkan tugas Timbalan Pengarah PPS kepada Celestine. Turut disaksikan oleh Mohd Rusli (tengah).

SIBU: Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Penjara Pusat Sibu (PPS) telah diadakan di Rumah Kelab PPS, semalam.

Majlis tersebut menyaksikan PP Mohd Hidayat Ismail menyerahkan tugas beliau kepada PP Celestine Jubang Paul yang telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah PPS yang baharu berkuat kuasa 17 Februari ini.

PP Mohd Hidayat akan betukar tugas ke Penjara Pusat Sri Aman.

Majlis tersebut disaksikan oleh Pengarah Penjara Pusat Sibu, PKP Mohd Rusli Abd Rahman dan turut dihadiri oleh pegawai kanan serta kakitangan penjara. 

Dalam majlis tersebutt, PP Mohd Hidayat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama yang diberikan sepanjang beliau bertugas, dan memberi sokongan penuh kepada pengganti beliau.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada Pengarah PPS kepada PP Mohd Hidayat.

Oleh Akun Giman

Terima kasih feri Batang Paloh

SIBU, 28 Oktober: Perkhidmatan feri Batang Paloh akan menamatkan operasinya pada 12.00 tengah hari Jumaat ini (30 Oktober), seiring dengan